Salam Sejahtera kepada semua.
Sejak akhir-akhir ini, kami sering terdengar keluh-kesah daripada ramai pelajar mengenai masa depan dan hala tuju kerjaya mereka.
Dalam banyak-banyak perkara yang didengari, ada satu yang kami dapat kenalpasti iaitu :
Kesungguhan mengejar cita-cita.
Kebanyakan pelajar/individu kerap kali kecundang dalam meraih cita-cita kerana beberapa faktor ini:
- Tidak mempunyai tekad yang padu dan azam yang gitu dalam meraih cita-cita
- Merasa rendah diri
- Suka membandingkan dirinya dengan rakan-rakan/individu lain
- Apabila gagal kali pertama, tidak mahu bangkit kembali.
- Suka mendengar kata-kata orang lain dan mengambilnya daripada sudut negatif.
Okey, ini antara beberapa faktor yang kami dapat kesan dalam diri individu apabila melibatkan kesungguhan mereka dalam mengejar cita-cita. Bagi mereka, sekali mencuba cukuplah. Sedangkan sebenarnya usaha itu perlu konsisten dan kejayaan itu sebenarnya mengambil jangka masa yang panjang.
Tidak percaya? Ayuh saksikan video ini!
Kenal Lionel Messi? Beliau merupakan salah seorang pemain bola sepak terkemuka di dunia.
Dan beliau sendiri menghadapi kesukaran dalam kehidupan sejak kecil lagi untuk meraih kerjaya yang diimpikan.
Namun, kekurangan itu tidak mematahkan semangat malah membuatnya terus berusaha untuk menggapai impiannya.
Kerana apa? Kerana beliau memandangnya sebagai sesuatu yang positif.
Jadi, mengapa anda masih berkeluh kesah?
Messi sudah buktikan dan Messi juga bersetuju bahawa " Tiada yang MUSTAHIL "
Dan yang paling penting sekali :
Potongan ayat ini diambil daripada Surah Al-Insyirah ayat 5-6. Dalam ayat ini juga Allah telah menjelaskan bahawa setiap kesusahan itu pasti adanya kesenangan. Allah telah menekankan perkara ini sebanyak dua kali. Jadi, mengapa masih merasa lemah?
Jangan peduli apa orang kata, buatlah yang terbaik untuk diri anda dan masa hadapan anda.
Kami ada sebagai kaunselor anda
ALLAH lagilah sentiasa ada.
Yakin pada diri dan ingat,
Impossible is NOTHING in the name of ALLAH, most Compassionate, most Merciful.
Wallahualam
(^_~)
No comments:
Post a Comment