1. Bidang kewangan/perniagaan/hartanah
2. Bidang penulisan dan komunikasi
3. Bidang saintifik/perubatan
4. Bidang perkeranian dan pentadbiran
5. Bidang seni reka dan kreatif
6. Bidang teknikal
7. Bidang keusahawanan
8. Bidang perkhidmatan
Bidang kerja dan contoh jawatan:
1. Kewangan/perniagaan/hartanah
(berminat dengan kerja-kerja jualan, cenderung ke arah kewangan dan perniagaan, suka bergaul dan mempengaruhi orang ramai)
- Pentadbiran dan pengurus bank
- Perancang dan pengurus kewangan
- Pengurus dan agen insurans
- Eksekutif jualan dan pemasaran
- Pengurus pengiklanan
- Eksekutif akaun
- Akauntan/juruaudit
- Aktuari
- Pegawai bank
- Pemerosesan data
- Penganalisis data
- dan lain-lain
2. Penulisan dan komunikasi
(bagi yang berminat dalam bidang penulisan, sastera dan seni)
- Wartawan
- Editor
- Jurubahasa
- Penterjemah
- Penerbit rancangan radio/televisyen
- Pengacara radio/televisyen
- Penulis Skrip
- Perunding komunikasi
- dan lain-lain
3. Perubatan/Sains
(bagi yang meminati kerja-kerja penyelidikan dan mempunyai kaitan dengan sains dan masyarakat)
- Doktor (am/bedah/gigi/mata/pakar)
- Doktor haiwan
- Jururawat
- Pembantu makmal/pembantu perubatan
- Juru radiologi
- Ahli farmasi
- Juru terapi
- Saintis
- Ahli biologi/kimia
- Pakar nuklear
- Ahli geologi/geofizik
- dan lain-lain
4. Perkeranian dan Pentadbiran
(bagi yang berminat melakukan tugas berkaitan dengan pentadbiran, kesetiausahaan dan merekod maklumat)
- Pengurus perjawatan
- Pegawai sumber manusia
- Pegawai tadbir
- Pembantu undang-undang
- Kerani
- Setiausaha
- dan lain-lain
5. Seni Reka dan Kreativiti
(bagi yang minat melukis, mereka dan mencipta bahan-bahan seni dan kreatif)
- Pelukis
- Pelukis grafik/batik
- Pereka fesyen/barang kemas/seramik dan sebagainya\
- Pereka bentuk dalaman
- Jurugambar
- Juru solek
- dan lain-lain
6. Teknikal
(berminat mengendali, mereka bentuk, mereka cipta, membina atau membaiki peralatan mesin dan perkara teknikal lain)
- Arkitek
- Perancang bandar dan wilayah
- Juruteknik
- Juruukur
- Mekanik
- Jurutera (Elektronik/Elektrik/Awam dan lain-lain)
- Pakar runding
- dan lain-lain
7. Keusahawanan
(bagi yang suka bekerja sendiri dengan menjalankan perniagaan dan perusahaan)
- Perniagaan runcit
- Perusahaan kilang
- Pemborong
- Kontraktor
- Pengusaha hotel
- Perusahaan bengkel
- Perusahaan bengkel
- dan lain-lain
8. Perkhidmatan
(bagi yang suka melakukan kerja-kerja sosial atau melibatkan orang ramai)
- Pensyarah/guru
- Pustakawan
- Pegawai perhubungan awam
- Peguam/pendakwaraya/hakim
- Polis/askar
- Pemandu pelancong
- Kaunselor
- Pramugari/pramugara
- Tukang masak profesional
- dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment