Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Apa itu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ?

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam merupakan satu medan penawaran penjawatan bagi individu yang berminat bekerja dalam memberi perkhidmatan. Terdapat pelbagai jenis jawatan dan kursus ditawarkan.


Sejarah 

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia telah ditubuhkan pada 31 Ogos 1957, iaitu bersamaan dengan hari Kemerdekaan Tanah Melayu pada ketika itu. Pada awalnya, semasa penjajahan Inggeris, Perkhidmatan Awam Negeri-Negeri Tanah Melayu Bersekutu Melayu ketika itu di bawah pentadbiran Inggeris. Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 telah dengan sendirinya membentuk pemerintahan baru Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka dan berdaulat. 

Fungsi 

Fungsi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia di bawah Perkara 144(1) Perlembagaan Persekutuan. Fungsi-fungsi Suruhanjaya adalah meliputi perkara-perkara berikut:
1. Melantik
2. Mengesahkan dalam perkhidmatan
3. Kemasukan ke dalam jawatan berpencen
4. Menaikkan pangkat
5. Menukar
6. Menjalankan kawalan tatatertib.



No comments:

Post a Comment